Tuesday, March 29, 2011

jiwa bergetar KERINDUAN ~

***
baru habes meeting.
mencuri masa untuk mengisi otak dengan membaca blog-blog kegemaranku
tiba di satu blog.
blog Zahiril Adzim
di akhir entry nya..
mataku tertangkap satu kata
satu kata yang menggegar jiwaku.

Lalu malam itu juga aku berdoa, walau apa pun terjadi, walau dalam keadaan marah macam mana sekalipun, mohon dijauhkan, mohon jangan dibiarkan syaitan merasuk aku hingga memukul cintaku. "

mengenai apa entry nya.
tak perlulah aku bercerita panjang
cukuplah aku cakap.
jiwaku bergetar bila mataku sampai di ayat 'CINTAKU'

ayat Zahiril Adzim menerjah neuron otakku yang masih lagi bersisakan kesakitan semalam
arghhh...
miss my darling damp much !

rindu seseorang yang juga menggelar diriku 'cintaku'


p/s:  come n catch me darling ! 

Tuesday, March 22, 2011

[ TELUR AYAM ]

[tempat] =  my opess
[suasana] = sedang menderita kesejukan di dalam aircond disambil disiksa dengan bau durian ! warghhh..
[cuaca] = hujan yang sangat lebat. ayat skema beb. A1 kot BM...keh..keh..

tiada yang menarik ingin di kongsi.
tiada yang gempak mahu di tulis.
aku sudah lama tidak menulis..
adehhhh...
penat membuang sawang-sawang di blog aku nie
jadi.
apa topik kali nie?
 TELUR.

mari kita bercakap tentang TELUR.
mari spesifikkan kepada TELUR ayam
kepada AYAM....
aku nak minta kebenaran bercakap tentang telur kau.
boleh?
kalau tak boleh pun. ada aku kisah?
heh.

:: TELUR AYAM ::

siapa suka makan telur ayam???
raise ur hand please....

korang dapat bayangkan tak?
apa akan jadi kalau ayam-ayam didunia nie mogok
semua tak mahu bertelur....
OMG, aku tak dapat bayangkan..

kedai kek confirm tutup...
bakery-bakery seluruh dunia bankrap..
makcik jual kuih tepi jalan menangis tersedu-sedu
kedai makan kekurangan menu...
hari raya tiada kueh raya...
aduhhh... macam-macam larhh... can't imagine
sebab...
telur memang sangat berguna.
kalau aku jadi ayam, mesti aku bangga
heh
sekadar hiasan. anak ayam yang cumel.


kadang teringin nak interview ayam
apa perasaan ayam ek?
heh.

aku suka makan telur
tapi sayang...
telur lah yang menghasilkan aku yang bertitle 'XL'
jahat kau ayam !
telur padi ~ my favourite time di sarawak
TeLuR paDi~
fuhhh.... sedap wooo...
korang nak tao rasa macam mana?
cari sendiri la..
ada plak tanya aku..
heh.

ok.
kenapa aku nak bercerita pasal TELUR AYAM
sebab
3 orang kawan baik aku addict gila dengan telur ayam
kekasih hati (**errkk..) pun addict dengan telur ayam

mari aku cerita betapa addictnya dorang.
bangun pagi,
breakfast telur separuh masak
pukul 10 makan megi dengan telur
tengahari makan nasi wajib ada telur dadar
makan malam wajib ada telur mata separuh masak
sehari hampir 5 biji telur untuk seorang

padahal, telur hanya boleh diambil 2 biji seminggu.
heh.
itu cerita tentang kawan baik aku.

favourite DIA ~

sekarang aku cerita tentang dia pulak.
tanpa telur,
tak berselera makan.
lunch, dinner, breakfast
wajib ada telur
samada telur goreng atau telur rebus

susah payah adik aku masak tomyam..
tiba-tiba dia cakap kat aku
' sayang... goreng telur 2 biji...'
nasi putih + telur  + kicap.
cukup..

menu terbaek untuk dia
nasi putih + telur goreng +kicap.
heh

so korang boleh bayang tak apa akan jadi kalau ayam mogok ???

peace no war !

tak kiralah apa dia suka makan. i love him !

Monday, March 14, 2011

Terfaktab: Beastly.

Terfaktab: Beastly.: "Hai! Dah lama kan gua tak merapu ala-ala pakar cinta kat sini. Okay, gua tahu takde sape pon yang nantikan kambek (baca: comeback bukan kamb..."

Thursday, March 10, 2011

dia cinta aku !!!


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,
 perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas.
 Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, 
tiba-tiba menjadi selembut kapas. 
Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.
 Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.
 Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.




Jangan kamu anggap teman lelaki kamu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu 
dan tidak mahu hati kamu berubah. 
Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu,
 tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, 
tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya.



 Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir 
dan risaukan kesudahan hubungan kamu. 
Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. 
Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!





situasi di mana teman lelaki marah
 dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita
 atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. 
Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, 
tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah 
apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. 
Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..





Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif 
dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, 
lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. 
Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. 
Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap,
 tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia 
apabila berdampingan dengan orang lain. 
Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila lelakimu berperangai tidak ubah 
seperti anak-anak kecil semata-mata 
untuk mendapat perhatian daripada teman wanita. 
Si lelaki mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya 
melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. 
Kalau dia merajuk hati, 
sesekali cubalah untuk memujuknya. 
Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. 
Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja.

Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

*** note dari dia untuk aku. thnx sayang !