Tuesday, November 22, 2011

Peluang Keemasan. ~ grabbb !!!!

Assalamualaikum to all blogger and friends !!!

selalu aku minta korang leave my blog kalau bosan baca my entry
tapi kali ini. aku mohon. please stay here.
sebab apa?
ini dia...
aku ada maklumat yang penting dan sangat berguna untuk u ols.
jadi
sila lah bazirkan masa anda selama 5 minit untuk baca entry nie..
korang sekarang tengah kerja kan?
dah berapa lama? 3 tahun? 5 tahun? 7 tahun?
errr....
jawatan apa? supervisor? junior executive? material handler?
korang planning nak berapa lama dengan jawatan korang skang?
tanpa kenaikkan pangkat?
tanpa kenaikkan gaji?
puas hati ka dengan kerja sekarang??????

ok.
aku taknak cakap banyak
nahhh !!!!
ini jalan untuk korang majukan kerjaya korang
kalau supervisor skang, anda berpeluang untuk naik pangkat dan naik gaji !!!!
dah ada peluang depan mata... apa lagi???
grabb la...

inilah...
PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ)
  •  kursus yang diiktiraf oleh UUM
  • sistem pembelajaran yang fleksibel & mudah diikuti
  • Yuran pengajian yang berpatutan
  • Pembayaran melalui KWSP atau secara ansuran
  • Pensyarah yang berkelayakkan dari industri & universiti tempatan
  • Pembelajaran dan nota dalam B.Malaysia & B.Inggeris
  • Peluang kenaikkan pangkat dan peningkatan kerjaya
PROGRAM YANG DITAWARKAN:
  • Eksekutif Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan
  • Eksekutif Diploma dalam Supply Chain Management
  • Master Bussiness Administration in Supply Chain Management
kalau u ols berminat. silalah hubungi saya di 012-5026010. Semoga saya dapat membantu anda sumo !!!
AMIN.



Thursday, November 10, 2011

aku harap dia tahu ~

aku harap dia tahu....
bukan niat mengungkit
atau cuba menghighlightkan bahawa aku baek..

aku harap dia tahu
aku harap dia hargai
aku harap dia faham..
aku harap dia nampak...
betapa aku cintakan dia

aku harap dia tahu
aku punya hati yang sangat lembut
umpama agar2...
sangat mudah tersentuh
aku selalu pura-pura ok
sebab aku tao, dia akan sedih kalau aku tak ok
bila dia sedih atau serabut, dia akan jadi pemarah
aku takut dengan orang yang tengah marah
jadi
aku selalu pura2 ok supaya dia tak sedih dan tak marah2 aku..
tapi...
aku menangis teresak2 sorang2 kat bilik
aku merayu pada Allah supaya Allah kuatkan hati aku

aku harap dia tahu
aku merayu minta Allah kuatkan hati aku
bukan sebab aku tak tahan dengan perangai dia
sebab aku tak sanggup nak menahan peritnya melihat dia tidak gembira

aku harap dia tahu
jiwa aku jiwa pemberontak
jiwa si degil
jiwa pemprotes
tapi demi dia
aku kawal diri aku
aku teresak2 merayu lagi kepada Allah
jadikan aku insan yang sabar
jadikan aku insan yang tiada sifat negatif

aku harap dia tahu
bila tiba2 dia tanya aku buat apa dan aku jawab berzikir atau baca al-quran
itu semua sebab aku nak buang rasa2 negatif yang aku hadapi..
bila dia banyak luangkan masa dengan kawan2 smp aku rasa terpinggir
aku rasa x puas hati sangat
sebab aku hanya ada dia, tanpa dia aku kosong. seorang diri
tapi aku tahu itu tidak logik
aku kawal emosi aku
aku berzikir dan bermunajat kepada Allah
pernah sekali, aku terasa hati dengan dia, aku diamkan saja
aku baca 10 surah panjang
alhamdulillah.
aku ok lepas tue...
jadi
aku harap dia mengerti
aku juga kadang2 tidak dapat hadir tika dia perlukan aku sama seperti dia juga
kadang2 kekangan kerja
kadang2 kekangan emosi
aku harap dia juga dapat ,mengawal emosi seperti aku
jangan marah2

aku harap dia tahu
 sifat kami banyak yang sama
aku harap kami sama2 kawal
dan yang paling penting
aku harap dia faham
aku tidak pernah belakangkan dia
sebab aku terlalu cintakan dia

aku diam tanda sibuk kerja
aku diam tanda aku terasa hati dan inginkan sedikit ruang untuk tenangkan diri
aku diam sebab tengah menangis walaupun bukan hobiku menangis tp itu yang kerap
aku diam bukan bermakna aku curang
bukan bermakna cintaku pudar..
errr.... aku diam pon tak sampai sejam..
apa nak kecoh2 ne..

ketika aku mencoretkan luahan ini
aku tengah terasa hati dengannya
aku tengah menitiskan air mata
cengeng kan..
bukan terasa kerana dia luangkan masa dengan rakanya
tetapi terasa kenapa apabila situasi yang sama dan kita bertukar tempat, hati yang menangis tetap sama...
aku harap dia tahu
aku bukan seorang yang berperangai pelik
aku bukan seorang yang susah difahami
aku bukan seorang yang mengada2
aku bukan seorang yang suka merungut
aku cuba seorang yang inginkan perhatian penuh
segala perangaiku yang sukar dia mengerti
yang sukar diterima minda nya
adalah hanya satu sebab
aku inginkan perhatian penuh dari dia yang sangat aku cintai

aku harap dia tahu
aku sangat tamakkan perhatian dari dia
aku sangat tamakkan cinta dari dia
aku sangat tamakkan ruang dan masa dari dia
semua hanya kerana aku sangat menyintai dia !!! 


p/s: sedar tak sedar... aku x pasti dia perasan atau x, kami slalu misscommunication, aku fikir lain, dia fikir lain.. end up jadi gaduh.. gaduh2 sayang.. penyeri hubungan.. erkk, walopon wajib aku nangis. minah cengeng

aku harap dia tahu..

err... berkesan la... i'm ok now..
hee.. peace no war ek dalingku !!!


Wednesday, October 12, 2011

cinta kita :::~


Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Thursday, July 21, 2011

:: hasil mogok ::

arghh..
bengang bila dengar gaji lambat masuk
musnah harapan dan impian aku.
aku mogok.
heh.
hasilnya..
aku menulis..
mungkin dapat kurangkan rasa stress aku.
yang aku dapat.
mencipta ending cerita aku.
ok lah kan..

***
Sayang..
Ya bang..
Sayang cintakan abang tak? , tanya Ayed sambil merangkul kemas pinggangku. Aku memandang wajahnya, satu kucupan hangat dihadiahkan di dahiku. Hangat dan penuh dengan rasa cinta.
Mestila abang, kalau Nisa tak cintakan abang, tak lah kita disini sekarang...
Betul sayang?
Ayed memeluk tubuhku dengan erat. Aku membalas pelukan Ayed dan berbisik di telinga Ayed ‘Nisa cintakan abang sangat-sangat !!!
Keharuman sena menerpa hidungku, menghangatkan lagi cinta yang wujud antara kami. Sekali lagi bunga sena berguguran ke lantai, itu tandanya sudah setahun kami mendirikan rumahtangga.
‘abang... abang cinta pertama Nisa dan akan menjadi cinta terakhir Nisa. Nisa akan pelihara cinta kita hingga ke hembusan terakhir Nisa abang.. janganlah sangsi dengan cinta ini...” bisik hatiku sambil mengemaskan lagi dakapan suami tercinta.
Dan bunga sena terus menggugurkan dirinya ke tanah.

***
nak tao full story???
hahahaaaaaa....

err... perlu melalui tapisan dulu nie..
ini sekadar idea kasar ~
wasalam..


Friday, July 15, 2011

:: kain buRuk ::

**********

korang cam ini kaki siapa. mari bercerita dengan Tuan kaki ini !!!

**********
dewasa.
ya... kita semua makin meningkat dewasa.
melalui kehidupan masing2
aku sudah punya pacar, kau pon sudah punya kekasih
kucing aku yang dulunya 10cm pon dah jadi 57 cm sekarang. heh

kepunyaan kaki.

dulu lain, sekarang lain..
aku rindu dengan persahabatan kepunyaan kaki di atas
ada sesuatu yang spesel antara ketiga-tiga kaki..
urm...
tapi, masa tidak boleh berputar balik.
durian atas pokok pon luruh ke bawah kan..

perkenalan di awal remaja..
satu detik yang tidak dapat dilupakan
didalam dewan kuliah
antara aku, dia dan kami

tapi hakikat yang nyata perlu diterima
dia sudah berubah
mengikut rentak zaman
dan kami... semakin jauh...
argghh...
tidak mengapa.. kenangan dan saat yang manis tue akan ku jadikan tatapan pengubat rindu.

heh,
mengalir air mata ne.
cengeng ahh..

kepada sang kepunyaan kaki.
miss u ols..
miss our time togethor..

kami
"" kita dilahirkan sebagai aku, saya dan dia... untuk bersatu menjadi KAMI ~


kenangan kita ~

Wednesday, July 13, 2011

:: datang kerja cari kerja ::

***
jadi sapa nak setlekan job description saya yang sebenar??? sila angkat tangan !

***

Monday, July 4, 2011

siapa Suami anDa ?????

siapa nak kahwen angkat tangan????
cepat !!!!
heh.



untuk yang mempunyai keinginan berumah tangga...
satu soalan untuk korang...
untuk anda....

SIAPA BAKAL SUAMI ANDA ???

mari sama-sama tanya diri kita wahai si gadis

kenapa?
korang tanya kenapa aku tanya soalan merepek ne?
ini bukan soalan merepek..
tanyalah diri anda..

kenapa???
kenapa korang kena tanya ???
hurmm.... hurmm....
sebab.
sebab kita selalu menjadikan waktu percintaan indah-indah belaka..

" b... ayang nak handbeg la.. handbeg ne dah koyak.. boleh b?
" boleh ja ayang... t b belikan.."

padahal si bf pinjam duit kat mak ayah belikan handbeg..

inilah perkara yang terjadi..
waktu percintaan, segalanya indah.. segalanya tidak berpijak di dunia realiti..

hasilnya
selepas kahwen....


" b... rimaslah.. asyik balik kg naek moto ja.. bila b nak beli kereta ne...?
b.. ayang punya beg ne dah buruk la... eee.. semua kakak2 ayang beli beg baru tao...

dan hasilnya...

" b !!! ceraikan ayang lah... bosan la hidup macam ne.. "

kesimpulannya:
kenallah suami anda betul-betul dan tanya pada diri anda, adakah anda mahu dan boleh hidup dengannya.. jangan kerana cinta dongeng anda...
kaum wanita...
janganla menjadi salah seorang yang menyebabkan araj bergegar..

kenali ekonomi suami.
tepuk dada.. tanyalah iman anda..
berpaksilah pada realiti..

peringatan untuk semua dan aku jugak..
dan..
kepada mySayang
i noe everything about u
i accept u who u are...
like i said before...
i want to marry a man..
not a big car....
not a card credit...
not a big house..
not a shopping complex..
err..

kalau kita teringin tue..
pandai-pandai la kita dua berusaha dapatkan
itu pon kalau logiklah untuk dimiliki
heheheee...

yang penting...
how u manage ur life...
ur financial
and ur marriage
*****
RENUNG-RENUNGKAN... DAN SELAMAT BERAMAL !!!

*iloveusudirmanmani*

Friday, July 1, 2011

NENAS oh NENAS ~

 rupa2nya...
nenas sangat banyak khasiat..
cik nenas.. sorry ek memandang rendah akan kamoo..

Sakit Perut Akibat Keracunan Makanan

Ambil nanas yang telah masak, kupas kulitnya dan kisar sehingga halus. Setelah siap, minum airnya sebanyak setengah gelas setiap kali selepas makan.

Masalah Kecacingan

Sebiji nanas muda diparut halus dan diperah airnya serta dicampur dua senduk madu atau sirap gula batu. Kacau seketika dan diberi kepada anak yang menderita masalah kecacingan.

 
Demam

Air rebusan nanas diminum dua kali sehari sebanyak setengah gelas. Kaedah ini dikata-kan dapat menurunkan suhu badan akibat demam.

 
Melancarkan dan melawaskan pembuangan air kecil

Buah yang teah masak boleh dimakan atau dibuat jus. Kaedah ini dipercayai dapat melancarkan pembuangan air kecil.

 
Terseliuh

Buah nanas muda atau daun pokok nanas dihancurkan sehingga lumat. Setelah itu, bungkus dengan kain dan ikat pada bahagian yang terseliuh


  • atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka
  • atasi masalah kencing tidak lawas
  • meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.
  • melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.


Thursday, June 30, 2011

doaku.....~

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan

Dia milikku, tercipta untuk diriku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagiaan



Ya Allah, ku mohon

Apa yang telah Kau takdirkan

Ku harap dia adalah yang terbaik buatku

Kerana Engkau tahu segala isi hatiku

Pelihara daku dari kemurkaanMu



Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah

Beri kekuatan jua harapan

Membina diri yang lesu tak bermaya

Semaikan setulus kasih di jiwa



Ku pasrah kepadaMu

Kurniakanlah aku

Pasangan yang beriman

Bisa menemani aku

Supaya ku dan dia

Dapat melayar bahtera

Ke muara cinta yang Engkau redhai



Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih

Engkau sahaja pemeliharaku

Dengarkan rintihan hambaMu ini

Jangan Engkau biarkan ku sendiri



Agarku bisa bahagia

Walau tanpa bersamanya

Gantikanlah yang hilang

Tumbuhkan yang telah patah

Ku inginkan bahagia

Di dunia dan akhirat

PadaMu Tuhan ku mohon segala

Wednesday, April 20, 2011

~ hati batu ~

hati ada batu ka???
atau.
batu ada hati???

peliklah dunia ne.
urmm..
entry ne aku cuba nak sampaikan yang berikanlah aku kesempatan dan ruang dan peluang
dan juga ingatlah. aku manusia
bukan malaikat.

cuba.
jangan menghukum aku.

hati keras
hati batu

label untuk aku..
yeayy ! dapat anugerah kott..
tapi,,,,

ada tak yang tanya kenapa aku begini???
pernah tak selami kisah silam aku..
kemurungan yang aku alami..
low self esteem yang aku hadapi..
makan hati,,
sakit hati,,
keseorangan...
yang akhirnya membentuk hati ku menjadi keras..
bila sang pencinta dilukai, juga membuat hati menjadi keras..

percayalah..
percayalah..
kaunseling banyak lembutkan yang keras itu..
cintaku sekarang juga telah sedikit demi sedikit melembutkan yang batu itu..
sebenarnya
hakikatnya
hati aku sangat lembut
keadaan yang membesarkan aku menjadi hati yang korang label itu..

dan..
pless la..pless la..
sedangkan nabi ampunkan umat, tak bolehkah korang maafkan aku
aku di salahkan sebab hati korang yang cepat sensitif, mudah terasa, kuat marah dan ego
why not we improve ourself..
aku improve diri aku
korang jugak la..
adil lah kott macam tue..

ok, ok,  aku tao nie bukan tempat nak meluah.
sorry kalau rasa muak baca.
ahh.. melepaskan apa yang terbuku. ok kott..

aku sedih lah bila dapat anugerah berprestij nie..
seem like i'm the person with no heart feeling
so
air mata aku plastik ka?

hurmm.... hurm... hurmm...
maybe u shud have an apoinment with me
asked me everythiung about my past
do some research towards me
analyse why this and this
then you tell ur self, what we shud do..
or u just by 2 mirror
one for me
one for u
then, we look in the mirror together
" cermin diri sendiri lahh "

buang apa-apa yang keruh
ambil lah apa-apa yang jernih
dont make life complicated !
heh.
life will be more complicated when aku start talking ! heh


sekian kot.




Monday, April 18, 2011

:: cuba teka ::

cintaku : sayang cuba teka kenapa man suka balik merbok?
aku : entah. napa sayang?
cintaku : sebab man dapat bersama dengan sayang.. dapat memandang sayang, bercerita dengan sayang.. dapat bertemu dengan family sayang.. yang terlalu meyakinkan man...
aku : meyakinkan apa sayang..???
cintaku : meyakinkan man untuk menjadi suami sayang...


pless.. pless... tolonglah jangan geli. korang pon bercinta gak kan???

::: KAHWEN :::

inilah.
adat dah mendahului akad
hasilnya..
pasangan yang mempunyai niat murni mendirikan rumah tangga akan jadi...
tertekan, stress, tension.. heh, sama maksud ja kot.

salah kah jika si gadis ingin menjadi kekasih halal si teruna
hati mak ayah pon senang
bercinta tanpa kompromi... heh.

aku?
aku tidak pernah punya cita-cita untuk punyai majlis perkahwinan yang hebat
malah berfikir tentang kahwen pon tidak pernah.
heh.
tapi bila aku bertemu dengan dia.
wujud rasa ingin hidup bersama.
penatlah bercinta..
duit habes..
perlu pening2 cari tempat dating..
perlu habeskan duit..
segalanya terbatas..
berhabes habesan untuk kekasih??
rasanya lebih sedap dengar berhabes-habesan untuk suami. isteri..
menaburkan rasa cinta pada suami tersayang dan tercinta. fuhhh..

heh.
aku memang kaki merepek.
sesedap kerepek di pasar malam rumah aku.
heh.

main point here is....
wish luck for us.

hajat kami murni
hati kami kecil
niat kami besar
jiwa kami ingin di satukan
satukanlah.
amin !

Tuesday, March 29, 2011

jiwa bergetar KERINDUAN ~

***
baru habes meeting.
mencuri masa untuk mengisi otak dengan membaca blog-blog kegemaranku
tiba di satu blog.
blog Zahiril Adzim
di akhir entry nya..
mataku tertangkap satu kata
satu kata yang menggegar jiwaku.

Lalu malam itu juga aku berdoa, walau apa pun terjadi, walau dalam keadaan marah macam mana sekalipun, mohon dijauhkan, mohon jangan dibiarkan syaitan merasuk aku hingga memukul cintaku. "

mengenai apa entry nya.
tak perlulah aku bercerita panjang
cukuplah aku cakap.
jiwaku bergetar bila mataku sampai di ayat 'CINTAKU'

ayat Zahiril Adzim menerjah neuron otakku yang masih lagi bersisakan kesakitan semalam
arghhh...
miss my darling damp much !

rindu seseorang yang juga menggelar diriku 'cintaku'


p/s:  come n catch me darling ! 

Tuesday, March 22, 2011

[ TELUR AYAM ]

[tempat] =  my opess
[suasana] = sedang menderita kesejukan di dalam aircond disambil disiksa dengan bau durian ! warghhh..
[cuaca] = hujan yang sangat lebat. ayat skema beb. A1 kot BM...keh..keh..

tiada yang menarik ingin di kongsi.
tiada yang gempak mahu di tulis.
aku sudah lama tidak menulis..
adehhhh...
penat membuang sawang-sawang di blog aku nie
jadi.
apa topik kali nie?
 TELUR.

mari kita bercakap tentang TELUR.
mari spesifikkan kepada TELUR ayam
kepada AYAM....
aku nak minta kebenaran bercakap tentang telur kau.
boleh?
kalau tak boleh pun. ada aku kisah?
heh.

:: TELUR AYAM ::

siapa suka makan telur ayam???
raise ur hand please....

korang dapat bayangkan tak?
apa akan jadi kalau ayam-ayam didunia nie mogok
semua tak mahu bertelur....
OMG, aku tak dapat bayangkan..

kedai kek confirm tutup...
bakery-bakery seluruh dunia bankrap..
makcik jual kuih tepi jalan menangis tersedu-sedu
kedai makan kekurangan menu...
hari raya tiada kueh raya...
aduhhh... macam-macam larhh... can't imagine
sebab...
telur memang sangat berguna.
kalau aku jadi ayam, mesti aku bangga
heh
sekadar hiasan. anak ayam yang cumel.


kadang teringin nak interview ayam
apa perasaan ayam ek?
heh.

aku suka makan telur
tapi sayang...
telur lah yang menghasilkan aku yang bertitle 'XL'
jahat kau ayam !
telur padi ~ my favourite time di sarawak
TeLuR paDi~
fuhhh.... sedap wooo...
korang nak tao rasa macam mana?
cari sendiri la..
ada plak tanya aku..
heh.

ok.
kenapa aku nak bercerita pasal TELUR AYAM
sebab
3 orang kawan baik aku addict gila dengan telur ayam
kekasih hati (**errkk..) pun addict dengan telur ayam

mari aku cerita betapa addictnya dorang.
bangun pagi,
breakfast telur separuh masak
pukul 10 makan megi dengan telur
tengahari makan nasi wajib ada telur dadar
makan malam wajib ada telur mata separuh masak
sehari hampir 5 biji telur untuk seorang

padahal, telur hanya boleh diambil 2 biji seminggu.
heh.
itu cerita tentang kawan baik aku.

favourite DIA ~

sekarang aku cerita tentang dia pulak.
tanpa telur,
tak berselera makan.
lunch, dinner, breakfast
wajib ada telur
samada telur goreng atau telur rebus

susah payah adik aku masak tomyam..
tiba-tiba dia cakap kat aku
' sayang... goreng telur 2 biji...'
nasi putih + telur  + kicap.
cukup..

menu terbaek untuk dia
nasi putih + telur goreng +kicap.
heh

so korang boleh bayang tak apa akan jadi kalau ayam mogok ???

peace no war !

tak kiralah apa dia suka makan. i love him !

Monday, March 14, 2011

Terfaktab: Beastly.

Terfaktab: Beastly.: "Hai! Dah lama kan gua tak merapu ala-ala pakar cinta kat sini. Okay, gua tahu takde sape pon yang nantikan kambek (baca: comeback bukan kamb..."

Thursday, March 10, 2011

dia cinta aku !!!


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,
 perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas.
 Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, 
tiba-tiba menjadi selembut kapas. 
Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.
 Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.
 Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.




Jangan kamu anggap teman lelaki kamu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu 
dan tidak mahu hati kamu berubah. 
Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu,
 tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, 
tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya.



 Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir 
dan risaukan kesudahan hubungan kamu. 
Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. 
Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!





situasi di mana teman lelaki marah
 dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita
 atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. 
Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, 
tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah 
apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. 
Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..





Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif 
dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, 
lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. 
Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. 
Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap,
 tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia 
apabila berdampingan dengan orang lain. 
Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila lelakimu berperangai tidak ubah 
seperti anak-anak kecil semata-mata 
untuk mendapat perhatian daripada teman wanita. 
Si lelaki mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya 
melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. 
Kalau dia merajuk hati, 
sesekali cubalah untuk memujuknya. 
Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. 
Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja.

Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

*** note dari dia untuk aku. thnx sayang !

Thursday, February 24, 2011

~ faiRy taLes ~


cerita dongeng akan kekal sebagai cerita dongeng?
jadi.
realiti adalah tetap realiti?
kenapa dua perkara nie tak cuba untuk berkompromi dan bergabung?

eh. aku bukan pendebat la. jadi janganlah kita berdebat.
mengisi detik yang wujud
mari lihat.

dalam hubungan................. (peringatan untuk aku dan korang jugak nie )

  1. cintailah kekurangan pasangan korang macam korang mencintai kelebihan pasangan korang, sehingga akan terjadi keseimbangan diantara rasa suka dan benci itu.
  2. jangan berahsia. bagos jika banyak berkongsi. hubungan pon makin erat

seterusnya...

** komunikasi. penting dalam apa saja hubungan.

** sentiasa ungkapkan cinta. agar rasa itu makin bercambah dan terus bercambah..

**pelajarilah pasangan anda .

** setia.

** selesaikan setiap masalah yang wujud dengan segera

@@@@  dan yang paling penting... aku bukan teacher la... korang rajin-rajin la cari dan kaji sendiri yerkk.. hikhiikkkk


sebenarnya aku tak cuba untuk merepek..
cuma aku rasa kehidupan aku sekarang macam fairy tales..
fairy tales yang dh jadi kenyataan..
apa yang aku impikan sudah wujud dalam dunia nyata aku.
terima kasih tuhan atas segalanya..

aduhh..
kesihatan kurang mengizinkan.
sekian.

titik.

[ A.N.G.A.U. ]

PARAHHH  !!!

angau dengan BF sendiri !
pelik tapi benar.

sekian. 

***

Wednesday, February 23, 2011

:: EIFFEL, i'm in Luv ::

______________________
lama betol aku tidak merapu di sini
neuron otak aku pon dah bernanah
agaknya tertekan sebab tidak di lepaskan
***bicara tentang apa ya kita kali ini.
pasal kehidupan sudah pastilah

mari.
bicara tentang cermin
supaya kita cermin diri.
tapi tajok entry nie bukan lah..
'cerminku yang retak'
tak sesuai pulak..

ok.
cerita tentang impian.
ya.
impian.
korang pernah tengok tak cerita ...
'eiffel, i'm in love?'

aku suka movie tue..
penceritaan yang sweet.
jadi sesuailah kan..
kita borak tentang impian..

mari. aku bercerita kat korang tentang impian aku.
aku spesifikkan.
impian dalam perhubungan....
tarik nafas dalam-dalam ya. dan sila lah scroll ke bawah. heh.

+ impian aku~izu +
***

aku mungkin boleh di kategorikan sebagai gadis sinderella.
suka kan sesuatu yang mungkin tidak masuk akal tapi tetap mahukannya..
aku inginkan taman hidup yang mungkin byk wujud dalam novel, cerita dongeng atau filem
tapi itu impian aku.
jadi?
ada aku kisah???
aku menginginkan hubungan yang halal.
si dia tidak perlulah naik honda civic type R
pakai kasot crocs pergi toilet
shopping di KLCC
bayar makanan guna kredit card.
NO. NO. NO...
memang duit penting
memang si dia perlu mempunyai duit
sebab toilet kat bus station rumah aku pon kena bayar kot.
tapi cukuplah. cukuplah sedang2. cukuplah apa ada nya.
aku nak hidup dengan dia.
bukan dengan card credit dia.
atau


bukan dengan kereta mewah dia..
boleh ka kereta mewah tue peluk aku disaat aku perlukan sokongan???
heh..

apa yang aku inginkan???
aku mahukan seseorang yang ungkap rasa cinta nya padaku setiap hari
tapi dengan ikhlas tao, kalau setakat plastik, tak payah la.. kedai apek kat BSN area rumah aku pon banyak jual plastik.
aku mahukan seseorang yang setiap hari dia buka mata, dia akan tersenyum memandang muka aku.
urmmm.. supaya aku tahu, aku masih buat dia bahagia..
aku mahukan seseorang yang sentiasa meminjamkan bahu dan dadanya disaat aku menangis.
sebab aku nie perempuan cengeng sikit. mudah menangis bila kena marah, bila rasa bersalah, bila rasa simpati...macam-macam la yang negatif-negatif.. lembik !
aku mahukan seseorang yang sentiasa mempertahankan aku dan hubungan kami.
sebab aku juga sayang dia.
aku mahukan seseorang yang tegur aku dengan baik jika aku buat salah...
bagi peluang untuk aku belajar sesuatu yang aku tidak tahu
bagi aku ruang untuk memperbaiki apa yang kurang dan membetulkan apa yang salah.
heh. sebab aku manusia yang penuh dengan kekhilafan!
aku mahukan seseorang yang tidak jemu mendengar aku berbicara
aku mahukan seseorang yang sentiasa memberi peluang kepada aku dan dia setiap kali berhadapan dengan masalah.
apa guna di kurniakan mulut dan akal. gunalah kan..
aku mahukan seseorang yang membenarkan diriku untuk menyayanginya.. menjaganya.. sampai mati.  walaupun aku bukan babysitter. hihiiii 
  

aku mahu seseorang yang menganggap aku adalah segalanya
akulah kekasih hati
akulah kekasih halal
akulah sahabat
akulah kaunselor . heh.
akulah kaunter pertanyaan
akulah tempat bergayut kalau perlukan seseorang (walaupun aku bukan penyangkut)
sebab.
aku mahu kehadiran aku membahagiakan dia..
meringankan beban dia
supaya
kami sama-sama meredah liku-liku kehidupan
walaupun aku bukan la pandai sangat drive, mungkin tersasar jugak time nak belok-belok tue..
tapi kita sama-sama la.
bak kata wonder pet..
apa yang penting.... kerjasama!!!

harta?
penting.. sebab anak aku nanti minum susu gak kot..
pakai pampers..
nak masok sekolah.. bagi tusyen kalau perlu
merenyek minta beli babydoll
 dan aku pon..
mesti nak handbeg, kasut, baju...

dan sangat simple,
ukur baju kat badan sendiri la kot..
tak kan nak buat baju aku, kena ukur kat badan adibah noor kot.. opss.. sorry adibah.
kita hiduplah dengan cara kita..
dengan kemampuan kita..
tak payah kot nak ikot gaya hidup orang lain..
janji hati senang
cukuplah.
 cakap memang mudah kan.. tapi apa boleh buat.
aku gadis sederhana.
yang mengimpikan sesuatu yang membahagiakan aku!
sebab aku sang pencinta kehidupan.
peace no war ! heh.

ok.
that all !
banyak lagi aku nak story sebenarnya..
tapi mood hilang lah tiba2..
maafla.. penat ja korang scroll .
kita cerita lagilah nanti..
sambil-sambil pekena bihun sup.
bagos jugak. heh.

***