Tuesday, October 26, 2010

bukan melabel atau tidak CUE ~

kaunselor bertopeng !
inilah setting kerja aku.
walaupun pada awalnya aku rimas. aku memberontak. aku sakit hati.
yela.. siapa yang suka conduct sesi pakai face mask. kurang selesa. tapi keadaan membuat aku kalah.
akhirnya aku akur.

report oh report
kalau aku tak pakai face mask. rakan oficemate aku pon susah hati.
virus yang mudah merebak.
aku tidak melabel. aku juga bukan nak menyakiti sesiapa.
tapi seperti aku cakap. aku tewas dengan situasi sekeliling.
maaf sangat wahai klien. 
harap anda semua faham keadaan kita.

hiasan penyemak alam.
selamat bekerja cik wani/puan wani.
*** ikhlas di hati hanya Allah yang tahu. ini proses amal, setelah berilmu.

~SIHAT TANPA DADAH~

jaya . bukan jaya jusco. kata akar bagi berjaya @ kejayaan !

muka gembira sebelum konvo ~

hari bahagia kami ok !


yippi.. say horeeyy.

after trima scroll.. dah masam masam.. euww

winner of the years.  

kami cinta kami

lewat ka? hahahaaa.. even dah 2 minggu aku konvo. baru ada masa nak upload. baru ada masa nak layan kelembapan tenet. mainan teknologi.
anyway. congrate !!! 
masih banyak gambar. tapi di kampung. dah 1 bulan aku x balik.
mari. celebrate deepavali di kampung. 
*** ijazah sarjana muda kaunseling dengan kepujian***
-amin-

Friday, October 22, 2010

Lets LOA ~

mari.
aku rasa sudah tiba masanya aku fokus
dan
menarik semua hal yang aku mahu

lets LAWS OF ATTRACTION !!!

sekarang aku mahu nilai itu wujud dalam hidup aku.
ya, RM2960 akan wujud dalam hidup aku.
tiada sangsi.
tiada ragu -ragu

kekosongan itu juga akan diisi.
yup !!! it will
segalanya aku berlaku.
yakin dan pasti.

***** . + . + . + . + . + . + . + . + . + *****


Monday, October 18, 2010

[ MISS MR. XIAO !!! ]


nafas yang punya hati


________________________________________
AKU RINDU SHAMA KAMOOO

[[ supaya tidak menyakiti mana-mana hati, biar aku gelar kamu SE ]]

" thanks wani. this is my story. u shud find ur own story"

percaya atau tidak. wani sentiasa ingat ayat nie. nie ayat terakhir SE untuk wani.
ternyata.. wani masih sayang SE. wani masih rindu SE.
wani masih mahu SE wujud dalam hidup wani.
tapi semua nie sangatlah mustahil.
SE dah ada girl yang SE sayang. SE dah jumpa jalan cerita hidup SE.

dalam erti kata lain. wani juga kena move on. cari jalan hidup wani.
siapa kata wani tak move on.
i move. it just that, i didnt found yet my story.
maybe after got my story. i will forgot u.
hah.
susahkan hati perempuan neh.



kehidupan tetap berjalan seperti biasa.
bumi tetap berputar.
air tetap mengalir.
matahari tetap memancar.
angin tetap menghembus.

apa aku merepek nie. 
suka betoi merepek.
main point kat sini.
aku rindu seseorang yang bukan milik aku !
cepatlah.. cepat..
sesiapa nak isi borang silalah. digalakkan.
hahaaaa.... gatainya aku. 

sekian.
**********

Sunday, October 17, 2010

S.A.K.I.T.H.A.T.I.

SAKIT HATI !!!
sakit hati dengan diri sendiri

kenapa aku rasa sedih dan sayu bila tengok orang ada seseorang yang menyayangi diorang
jodoh?
aku tidak mempertikaikan jodoh.
aku tahu itu semua ketentuan Allah.
 aku tahu Allah dah tentukan jodoh untuk aku.
aku bukan bingung tentang hal kawen. heh.
aku tak rasa pon nak kawen lagi.
tapi mungkin boleh kata aku cemburu.
dengan mereka yang ada orang aka ajnabi yang menyayangi mereka
aku boleh fikir rasional.
Allah sayang aku. Allah tak nak aku buat maksiat
tapi sebagai manusia biasa/normal
aku ada keinginan itu.
aku bukan desperate ok!
tapi aku ingin merasai rasa disayangi. dicintai.
sumpah. seumur hidup, aku tak pernah bercinta.
lagi 4 bulan lebih aku akan menjangkau 24 tahun.
tapi apa yang aku kecapi?
ok. aku bersyukur. aku berjaya dapat segulung ijazah.
aku sudah mula membina kerjaya.
mungkin sebab hal ini aku mula rasa kosong tanpa cinta (erkk..)
betullah apa yang Maslow cakap.
manusia nie ada needs dia tersendiri. aku?
dari segi pendidikan memanglah aku belum puas tetapi pada tahap ini, needs of love aku lebih tinggi.
hurm... 
jadi. ini ujian aku sekarang?
orang cakap berusaha lah?
aku yang tak pernah berkecimpung dalam hal nie disuruh berusaha?
how?
letak poster sepanjang jalan?
gantung di tengkuk?
pergi menggatai dengan lelaki? macam mana tue?
grab je mana2 lelaki yang berpotensi? ofcoz not. not that desperate.
senyum? memang aku senyum..
berdiri tepi jalan edar flyer?
buat iklan di TV or internet? ahh.. lelaki yang tak sepatutnya muncul nanti.
berdoa pada Allah. Ya, itu aku pandai.
heh. rupa-rupanya aku tahu cemburu dengan orang.
aku tak pernah cemburu kawan-kawan rajin study atau pandai atau result bagus.
aku tak pernah kisah tentang orang. orang bahagia. aku pon terhegeh-hegeh rasa bahagia jugak
sekarang aku sudah pandai cemburu rupanya. 
Ya Allah. kurniakanlah aku insan yang menyayangi aku dan dapat membahagiakan aku.
terima kasih !

: : : adakah jiwa yang bernafas sudah kembali hidup : : :

hiasan semata-mata

Friday, October 15, 2010

[ surat ke-2 utk KHAIRINA ]

assalamualaikum sayang..

ini surat kedua izu utk awak..
izu tak ada apa-apa nak sharing tapi izu ada cerita utk khai
khai...
khai ingat tak tarikh 10.10.10 ???
mesti ingat kan?
hari bahagia kita khai.... setelah 4 tahun kita berhempas pulas. melawan ombak dan badai yang datang. bersama-sama.
hurm..
7hb tue kami semua buat majlis kecil-kecilan utk khai.
kami ramai-ramai baca yassin. kami nak khai bahagia.
kami nak khai senyum bila kami senyum menerima ijazah !
izu teresak-esak khai. entahlah.
mungkin bilik kaunseling kelompok yang kami buat majlis utk khai tue terlalu banyak kenangan
kita membesar dan jadi dewasa dalam bilik tue.
khai ada disetiap pelosok bilik.
khai...
tiba hari yang dinanti2 kan.
semua orang happy. izu pon.
kawan-kawan semua muka sangat ceria khai.
tiba masa kami masuk dewan. hati berdebar-debar.
rasa teruja. semua sangat happy.
paling izu tak tahan. bila kamera snap gambar.. sibuk ja kawan-kawan kita angkat peace, lambai.
kalau khai ada, wajib dah angkat peace kan.. heee
tiba giliran pelajar kaunseling terima ijazah.
dan slot terakhir. dekan mengumumkan tentang status khai.
muka pelajar kaunseling bertukar
ayah khai naik terima ijazah bagi pihak khai.
semua kawan-kawan kita berdiri khai. along lah jadi kepalanya. kami tepuk tangan kuat-kuat...
kemudian,
dewan dipenuhi dengan bunyi esakan pelajar kaunseling.
waktu tue izu sayu sangat. waktu tue juga izu sedar yang kita semua sangat sayang khai.
tangisan tidak henti-henti.. sedu sedan.. habis tisu khai..
kemudian, tangisan berkurangan...
mata kawan-kawan semua merah. kami tak nak khai sedih. kami tahan perasaan kami.
majlis di teruskan seperti biasa tapi hati kami khai..
hanya Allah yang mengetahui.
hurm.. itu jela cerita izu. x ada yang menarik pon utk bacaan khai tapi izu teringin sangat nak share. baca ye sayang..
alfatihah utk awak sayang..
tidur baik-baik ye sayang..
kita dah dapat ijazah tao.
IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN.

salam sayang dari izu. 

kad jemputan majlis bacaan tahlil n yassin khairina


p/s: tiada siapa sangka pengakhirannya begini. inilah hidup dan urusanNya.

bila sang matahari bermain dengan sang hujan !

errkk..
nak menulis. tapi entah apa yang nak di kongsi..
korang rasa???

aku gembira akan kejayaan aku. konvokesyen yang membahagiakan.
aku juga gusar dengan keadaan duit sekarang dengan permintaan family aku.
aku kesal dengan apa yang terjadi terhadap kehidupan kawan-kawan aku.
aku sedih dengan hati aku yang rasa sunyi tanpa kasih seorang ajnabi.
aku bosan dengan kehidupan aku sekarang. tiada excitement.

setiap kenyataan di atas ada penjelasan bermuka-muka.
hingga akhirnya aku bertanya kepada anda.
NAK KONGSI APA EK???

inilah. bila matahari muncul setelah bergaduh dengan hujan. hujan juga muncul apabila menang perbalahan bersama matahari.

mungkin aku akan cari ruang untuk kita berbicara soal setiap satu di atas.