Thursday, September 30, 2010

: : : C. A. N. T. I. K. : : :

**********************************************************************************

C.A.N.T.I.K.

P/S: semalam aku dah buat entry nie. tapi aku delete. arghh.. x payah la. bukannya apa-apa pon nak kongsi.
       hari ini tiba-tiba aku rasa nak kongsi balik.


ini pengalaman pelik yang pernah aku lalui.
sangat pelik.

MARI aku bawa korang ke cerita pelik aku.
ini apa yang terjadi selama 2 minggu aku di tempat kerja baru aku.

hari pertama masuk kerja. bos cakap, cik nie cantik, jaga-jaga sikitlah dengan resident sini..
aku  tak adalah take port sangat.
aku terima kalau orang cakap aku cumel. logiklah. aku tembam, mestilah cumel.. hahahaaaa
tapi agak janggal dan pelik bila orang cakap cantik !!!

cukuplah itu hari pertama.
datang minggu kedua, aku masuk ja kerja. ada seorang encik under OKP tegur aku.
cik orang baru ke?
 aku jawablah...
encik tue berkata: cik nie mesti muda lagi. cantik pulak tue.
aku terkejut. senyum dan terus berlalu dari situ.
keesokkannya, aku terserempak pula dengan encik OKT, beliau berkata kepada polis tahanan disitu.
encik, saya nak lari pergi kat cik tue..lawa.
wahhh.. berdebar-debar aku..yelah. OKT tue bergari lah. sempat lagi.
kemudiannya. aku menjalankan sesi kaunseling bersama klien yang menjalankan rawatan disitu.
habis sesi. aku borak dengan staff lelaki yang menjaga disitu.
tiba-tiba beliau berkata, saya rasa, prestasi geng yang datang rawatan kat sini akan bertambah baik la. yelah. ada pegawai cantik kat sini.
aku memandang dia sambil mengerutkan kening.
hari ini. bila aku masuk pejabat dan berjumpa dengan seorang staf, dia bertanya. cik, kenapa cik cantik sangat hari ini. tergoda saya.
hah ! aku dengan slumbernya cakap. bukan hari-hari cantik ke?
kemudian aku buat sesi lagi.
kesimpulan akhir yang klien aku buat, saya rasa puan nie baikla. kalau dari segi rupa tue x payah cakap la. memang cantik. tapi puan memang baiklah. saya dapat nampak..

kenapa ek dengan dorang neh? apa motif nya? memang x patut ada perasaan negatif tapi peliklah.
sangat pelik. lawak pon ada. tersenyum aku.

: : : kalau korang kenal aku dan tahu rupa paras aku mesti korang rasa pelik jugak kan..

p/s: OKP : orang kena pengawasan
       OKT : orang kena tahan

Sunday, September 26, 2010

[ Ini hal penting. sujudlah ! ]

ini hal penting.
biar aku bersih diri dahulu. kemudian kita bicara.
ok. kita mula
kenapa?
kenapa aku perlu merungut. kenapa tidak aku memanjatkan kesyukuran kerana dapat kerja yang aku idamkan.
sudah pastilah tak semuanya manis. asyik nak semuanya manis. Ya Allah izu...
come on gal.
u learn about laws of attraction. n u want to be practitioner in this law.
so. dun stop apply it on urself. u noe how it work. u noe it is true
heyy.. let me remind u.

U DRAG THE -VE CHARGE BY DOING THIS !!!!

listen.
izu, bila u keep fikir susah. payah. tak boleh. tak happy.
itulah yang akan awak dapat !
hah. inilah jadinya kalau terlalu bongkah. tidak tahu bersyukur. 

Allah dah bagi apa yang u nak. kemudian Allah uji sikit. nak tengok u pandai bersyukur ke tak. cepatnya u melatah.
sekarang.
ubah pemikiran anda sayang.
ok.
ingat tak apa yang u bagitao residen PKAADK?
kenapa nak biar benda lain kawal u. u yang tentukan apa yang u nak rasa. fikir dan alami.

fokus dan fikir dengan yakin tentang sesuatu itu akan membantu u tarik apa saja yang u fikir masuk kedalam hidup u. 
ingat itu.


Ya Allah. sesungguhnya aku manusia yang tidak malu dan segan dengan apa yang kau telah hadiahkan. menangis aku memohon pelangi yang indah dariMu. merintih aku minta Engkau hadiahkan pagi yang udaranya segar serta nyaman setelah hujan yang bertandang. 

Bila Engkau ukirkan pelangi yang indah untukku, aku masih memandang lopak air hujan yang bertakung. terus memandang kebawah dan merungut kepada lopak-lopak itu sehingga lupa untuk mendongak dan melihat pelangi yang Engkau hadiahkan itu.

inilah hamba yang tidak tahu erti syukur. ampunkan aku Ya Allah. bantulah hambaMu ini untuk sentiasa mendongak pada pelangi itu. kerana aku yakin. matahari yang muncul selepas itu akan mengeringkan lopak yang bertakung. saat itu, aku tidak perlu dongak lagi.aku insan yang lemah dan sering lupa. ampunkanlah diriku dan permudahkanlah lorong yang telah Engkau lalukan untukku. amin Ya Allah.

*** dan baru aku sedar. rupanya aku tidak menyambut hariku dengan senyuman. aku tidak menerima hal yang datang dengan senyuman. sejak aku sibuk merungut dan terus merungut. padahal aku sudah jelas bahawa senyuman memang akan meringankan apa saja masalah yang wujud.

hiasan semata-mata ~
p/s: ambillah ikhtibar dari ini. 

tabah Lah duhai hati !

mari.
dengar aku bercerita tentang kehidupan.
ada dua cerita. baca. 
hurm.. setiap kali birthday kawan aku tahun 2010 nie. mesti bad thing happen kat aku.
besday aku? lagi banyak bad thing..
p/s: kisah langgar depan mc d
ok. kita dengar cerita pagi nie
opss.. sebelum tue. selamat hari lahir k.sal. semoga cepat kawen.
mari kita doa k.sal cepat kawen.
back to story.
aku bangon pagi.
perghhh..
rumah bersepah dengan sampah. apa lagi. Mr.T punya kerja.
nak breakfast. dari semalam lapar. ambil roti. tue ja makanan aku ada.
ehh.. serbuk apa atas meja nie? bila aku tenung roti. hah. sudah ada yang breakfast awal dari aku.
jadi. aku x breakfast. panas hati tapi diam ja.
mr. T !!!
bersiap untuk ke pekan. tumpang kenalan disini.
wahhh.. tergelak aku bila memandang sekeliling.
hebatnya aku dressing. orang kat sini semua pakai selipar toilet ja. pakaian pon.. hurmm.. x payah ckp lah. pekan koboi.
lagi hebat. semua kedai tutup. ada pasar ja.
rasa lawak. aku dressing mcm nak shopping kat mall.
dorang macam nk p pasar jek. pejam mata jela.
 hahahaaaaa
ok. so. misi x capai. kedai tutup. hanya beli sedikit roti dan jeruk.
singgah kfc. beli makanan tengahari.
masuk.
kosong.
ada 2 pekerja ja.
beratur untuk amek order.
hah... ada dua org makcik kot. ntahla. dengan slumbernya datang depan aku.
x nampak aku ke? hurm..
depan aku ada 3 orang ja.
tapi beratur setengah jam. sebab?
diorang membelek menu. kemudian order. eh.. tiba2 nak tukar order pulak.
dah tue. eh, ada kol.. jawab kol dulu.. kemudian order lagi.
dah dapat order. nk kira duit, belek purse/wallet depan tue jugak.
adoiiyaaii.. gerak la ketepi. x faham konsep ka?
sepatut fastfood perkara yang mudah. tapi jadi susah plak.
rasional my self. cool. cool.
ok. my turn. amek order.
tengah diorang nak prepare my food. eh, akak order burger apa tadi?
eh, air apa ya?
OMG... u dah amek order, why not tengok kat resit tue. dats how people work kan??
ok. aku amek. bayar dan keluar.
balik rumah.
buka KFC, laahh.. keciknya ayam. ayam ke burung ke anak ayam nie?
i order spicy. dapat original.
dan.
mak. u goreng ayam lebih sedap dari ayam kfc nie mak. tahniah la mak.
sup. sup ke air nie?
ok. makan lah. rezeki tue. tapi dalam hati tak ikhlas tao.heee
bila sampai rumah. baru pukul11. masih awal. dan aku dah alami banyak benda.
hurm.. pengalaman.
aku biasa merantau tapi tidak sedasyat ini.
atleast ada juga kedai aku nak beli barang.
xpayahlah mall besar.
aku orang kampung juga tapi cukuplah sekadar kedai yang ada semua barang.
aku belum jumpa kedai yang boleh aku shopping stock makanan.
barang lain jangan kata lah.
dan.
agak mahal disini.
sekian kisah aku pagi ini.
berdebar menanti esok.
apa pula ya?
alaah. pengalaman. lepas nie x face dah this kind of pengalaman (saja positivekan diri)
angan2 aku nk beli downy. mr.muscle. heater musnah... aku cuba usha2 tp x ada.
baju. bersabar ya.
izu, bertahan dengan toilet.
mr. T, sila berdisiplin. jangan uji saya.

p/s: hanya nak berkongsi. bukan niat menyata atau apa. jangan kecil hati.

ini kisah pagi tadi. mari aku simpulkan cerita seminggu ini.
hah.  ini dia. air mata sudah mula menjalankan tugasnya..
orang kata aku belagak menyewa rumah papan pon merungut.
ya. aku merungut sebab aku terganggu. tikus menyerang tanpa henti.
nak dapat makanan susah. perut aku dah mula sakit. seminggu aku ikat perut.
kedai makan memang byk tapi tidak beroperasi.
nak beli kelengkapan dapur dan rumah. tak jumpa kedai. kedai tutup.
aku zero pasal tempat neh. aku survive ja. so, logik kot aku merungut sedikit.
logik jugak aku menangis. yah. aku perempuan lembik. jadi?
kalau orang kenal aku. orang tahu kenapa aku tension. aku bukanlah seorang yang suka tahan lapar. dan emosi aku sangatlah mudah goyah bila perut kosong.
aku dirumah sorang2.. malam2 nak keluar cari makan. pandang luar. gelapnya.. dan kerana aku menyewa rumah kampung.
sekali lagi. aku bukan belagak. aku bukan mengada-ngada. hanya seorang manusia biasa.
mungkin sebab selama ini. aku menyewa apartmen. flat. tinggal di bandar. kalau x pon. kawasan aku menyewa memang ada kemudahan.
so. janganlah salahkan aku. cultural shock nie.
kalau tak, xdela aku pergi kerja selalu terlepas bus. van.
naseblah masyarakat sini baik.
ya. orang tinggal di kawasan kg memang baik.
sekali lagi aku tegaskan. aku cultural shock. bukan belagak.
adillah padaku. jangan terus melabel ok.
nah. sini dulu.
nanti kita cerita lagi.

::: kehidupan sentiasa mematangkan kita. aku tak matang pon!!!

Saturday, September 25, 2010

episode baru kot. heh.

mari. lihat dan tenung kisah aku. kisah baru.

aku dapat keja sebagai officer di aadk penang.
20 sept 2010. aku lapor diri kerja di bangunan persekutuan penang.
proses mencari bangunan persekutuan agak mencabar. ya. kerana aku kurang arif jalan disini.
sampai.
assamualaikum... wahh, kaunter yang dipenuhi dengan kakitangan lelaki.
masuk dalam. lelaki lagi. mana perempuan. ah ada. hanya kurang.
di atas surat tawaran yang aku perolehi. aadk barat daya (pusat khidmat)
aku dibawa oleh driver aadk negeri ke aadk barat daya iaitu di Balik Pulau.
perasaan aku? biasa. aku hanya menerima apa saja yang berlaku. tiada perasaan.
dibawa berjumpa penghuni dan boss. boleh mula kerja hari nie?
maaf bos. saya kena urus hal rumah dahulu. ye. silakan.
kakitangan juga mostly lelaki.
cari rumah. dapat. pulang mengambil barang dan datang semula.
sesak nafas. lapar. letih.
sampai dirumah kenalan. makan dan tengok rumah sewa..
wowww...hurm. over mengharap kot.. rumah kayu. sangat antik. terima.
Hari Pertama KerJa.
datang naik bus.
sampai tp tiada tujuan. tunggu bos.
ok. jumpa bos dan bincang tentang tugas.
masuk bilik mesyuarat a.k.a bilik aku bertapa.
kemudian aku join group session utk geng2 methadone n resident pkaadk.
wowww... gelabah jugak aku neh. yela. dah la lama tak buat sesi. sekali sesi dengan patient pkaadk.
but. this is my job kan.
pagi tadi rasa rimas. sekarang rasa takut. kemudian aku berborak dengan ustaz disitu.
rasa teruja pula.
dan mula rasa rimas bila semua panggil puan.. puan.. puan..
respect aku sebagai pegawai. padahal aku biasa saja. tunduk bila jumpa.. adoii..
bila lepas rehat. tak ada kerja. mula rasa bosan. dan bosan.
balik. naik van.
hari kedua kerja. ada meeting. berkenalan dengan semua orang. then. tak ada kerja lagi..
bosan. bosan. dan aku mula rasa muak.
hari ketiga. lagi aku rasa bosan. rimas. bosan. rimas... arghhh.. rimas juga nak kena menempel kat tempat orang nie.
patot ada yang quit. tapi aku x suka lari kan? so aku kuatkan juga.
hari terakhir, minggu pertama.. hoyeeee.... suka. sebab dah jumaat.
borak2. berkenalan dengan staff. dan bosan lagi. arghh.
kawan-kawan? aku nie pendiam. belum jumpa klik yang ok. yelah.. semua dah berkahwin. dan tidak ramai perempuan.
so.
ini kisah aku di PKAADK untuk minggu pertama. belum ku cerita soal dirumah atau selepas kerja. cukuplah cerita di tempat kerja.

p/s: AADK ialah agensi antidadah kebangsaan

... yang sekeJap

pernah tengok cerita LABU-LABI ?  atau pernah dengar?
ya ini kisah labu-labi versi perempuan.
wana.
wani.
kisah tentang kami.
walau sekejap
kisah bermula.
demi melengkapkan tuntutan dunia justeru aku akan berkonvo tidak lama lagi, aku bekerja disebuah kilang di Pulau Pinang yang dikenali sebagai JABIL.
demi mencari duit.
aku. wani.
bertemu dengan dia. wana
hubungan terjalin. kasih tersemai. aku sayang dia. dia? katanya juga sayang pada aku.
ini bukan kisah lesbian. atau kisah rakan sekerja. tetapi kisah adik kakak.
nama wana wani bermain di bibir semua rakan sekerja termasuk bos.
kami ceria bersama. happy dan sentiasa ketawa.
bila berdua, kami akan berbicara soal hidup. soal hati. soal jiwa
umurnya 18 tahun. aku entah kenapa sangat sayang pada wana.
ya. kurniaan Allah.
dimana ada wana, disitu ada wani..
orang menggelar kami wana wani di aidilfitri.
boss memanggil kami labu-labi (dek kerenah kami yang happy je)
harapan aku pada wana.
sambung belajar ye sayang. demi kakak awak !!!
ingat segala bebelan akak. akak nak tengok awak berjaya. situ bukan tempat awak sekarang.


p/s: banyak aku nk cerita. banyak aku nak tulis. melimpah-limpah idea aku. tapi bila mengadap je laptop. hilang. sepatut jadi catatan yang memuaskan. sekarang jadi catatan yang membosankan. tidak mengapa. hanya berkongsi. 

Sunday, September 12, 2010

bukan mengajar, hanya bertanya ke dalam KEHIDUPAN.

hurm...
banyak perkara terjadi. apa yang aku dapat simpulkan,ianya soal KEJUJURAN dan KEIKHLASAN
apa definisinya kejujuran.
pasti berkait dengan benar dan juga salah, betul dan tipu..
berapa ramai manusia kat luar sana jujur. dan kita sendiri?

ok. aku terima jika manusia susah untuk jujur tapi ikhlas?
susah sgt ke kita nak ikhlas dalam setiap yang kita buat. kenapa perlu mengungkit setiap yang kita sumbangkan.
ikhlaskah kita didalam menjalani kehidupan???

ikhlas :: cari. jumpa.
 Jom KLIK untuk sedikit santapan jiwa. aiisehh.

bagi aku, kalau kita ikhlas dalam apa saja, nikmatnya sangat hebat, pulangannya sangat berbaloi-baloi ..
x payahlah nak mengungkit, tak payahla nak merungut, tak payahla nak menunjuk.
ikhlas la weii...

p/s: aku dah cukup ikhlas ke?

ahh.. jari sering dituding. apa salah membengkokkan jari ke diri sendiri.

Tuesday, September 7, 2010

ruang itu. suasana itu.

bau itu...
rasa itu....
hati itu.....
senyuman itu.....


SELAMAT  HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN !!!

Wednesday, September 1, 2010

kekasiH hati. makin kau jauh daRiku.

aku yang bernama mohd city

nama : mohd city
warna kulit : dark purple
minuman kegemaran : petrol
nama kekasih : izuani ismail
tarikh kahwin : warghhhhh.... nak secepatnya !!! tapi kekasihku terpaksa bertunang dengan Mr.VIVA dulu..

p/s : nampak gayanya aku dapat janda la nanti.

ikhlas,
honda city

kekasihku