Tuesday, August 31, 2010

Dia Yang BernaMa K.H.A.I.R.I.N.A

dah lama.

dah lama izu nak tulis surat nie untuk khai
tapi izu sibuk kejar duniawi..
mencari duit untuk konvo kita..
hari nie izu luang juga masa.. menulis untuk khai..
sebab sampai sekarang, kalau khai telefon izu, memang confirm izu percaya itu adalah khai
mesti izu percaya selama nie, korang mainkan izu je..
izu tunggu juga, tapi khai tak telefon izu pon..
jadi,
izu tulis surat kat khai.. nannti khai baca ye sayang..

20 ogos 2010
7.00 am.. izu baru habis kerja, shift malam..
izu naik bus untuk balik ke rumah.. izu dah prepare nak tidur..
lambat lagi nak sampai rumah izu khai.. 9.30 am baru sampai..
pukul 8.17 am.. izu dapat mesej dari imah
[ assalamualaikum..kwn2.. khairina meninggal semalam.. alfatihah ]
sambil mata berpinar2 mengantuk, izu baca mesej imah..
hurmm.. imah nie.. awal2 pagi dah nak kenakan izu.. main2 betul la..
izu mesej imah n cakap imah tipu izu..
imah reply 9 minit selepas tue,
khai tao, nak tunggu 9 minit tue.. rasa macam setahun..
kebetulan lagi, kredit izu tak ada dan pagi tue, maxis buat hal..
hati izu yakin sangat imah tipu izu..
"nie mesti berpakat dengan khai nie, izu mengomel dalam hati"
izu mesej k.sal dan led, tny diorang dpt tak mesej imah..
mestila izu tak nak kena tipu sorang2..
k.sal cakap, xdapat pon.. led x reply..
hurm.. dah sah korang tipu izu neh !!!
tak sampai setengah jam, nora telefon izu
waktu tengok screen hp izu ada panggilan nora
air mata dah bercucuran..
izu gagahi jua angkat.
nora : izu.....
izu : [ menangis n kelu ]
nora : izu... izu... (sambil tersedu-sedu ) ...izu, khai dah takde izu...
izu : nora..(sambil tersedu..) nora tak tipu izu kan? tak baik tipu bulan posa..
nora : tak izu... izu bagitao yang lain ye..

izu cuba hubungi yang lain.. ya allah...kredit tak ada !!!!!
izu sempat mesej k.sal, naja n led..
izu nangis.. n nangis...
then..hurm.. izu tahan tangisan sebab dalam bus, depan org ramai
dalam hati izu, izu memberontak.. izu nak hubungi yang lain, xdpt.. kesal.. kesal..
sampai rumah, azleen call izu, izu nangis lagi...
izu terduduk atas lantai..
mak izu datang kat izu..
" kenapa ngah? gaduh kat tempat keja ka? "
bila izu bagitao pasal khai.. mak izu pon nangis sekali..
kemudian rozi kol izu pulak, izu n rozi nangis lagi...
hampir pukul 11, izu tertidur dalam tangisan...
jahatkan izu, khai mesti sedih tengok izu nangis kan..
izu bangun dan pergi kerja..
sepanjang malam, hati izu pedih sangat, sayu... mata izu asyik nak bergelinang ja..
izu buat kerja, tangan izu menggeletar ja khai..
angkat barang, tangan menggeletar.. badan lemah sangat..
tengok khai
badan izu pon sedih dengan pemergian khai..
sepanjang malam.. hati izu nyilu..
balik je kerja khai..
izu buka facebook..
izu tengok ramai kawan2 kita bercakap soal khai..
izu menangis lagi.. izu tak percaya khai..
izu buka fb khai... banyak komen kat situ
ramai.
tapi tak ada sapa pon reply khai..
banyak ucapan utk khai.. tapi ucapan tue tak terusik pon..
mesti notification khai banyak kan..
mesti email khai bertimbun-timbun kan..
tapi tak ada pon balasan.. tak ada pon yang reply.
esoknya.. izu tengok gambar moto khai..
pilunya khai..
kenapa khai pergi awal sangat..
hurm.. bila tengok saat kita habiskan di i-city.. hati izu direntap-rentap
dari pagi 20 ogos sampai sekarang.. izu asyik tanya..
kenapa khai... kenapa khai...
tapi sapa nak jawab...
hurm... mungkin ini yang terbaik dari Allah utk khai.. utk izu.. utk kita semua..
khai..
kami rancang nak buat tahlil utk khai time konvo nanti..
sebab kami nak.. time kami senyum ambil cert nanti, khai pon turut tersenyum kat sana
senyuman khai manis.
sweet.
kita konvo sama2 nanti ye..

salam sayang dari izu yang nakal utk khai..
sayang tidur nyenyak2 ok.
semoga khai aman
amin. al-fatihah.

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Oh Ramadhan ~

syukuR.

Ramadhan datang, perjalanan hidupku lebih teratuR
kesakitan semakin kuRang..
ahh, ubat yang mujaraB.

1 Ramadhan aku ditempat keja.
segalanya berjalan dengan sangat lancar, aku pun rasa terkejut
tetapi...
30 minit b4 pulang..
ada hamba ALLah datang, shout at me, n say sumthn yang kita panggil 'mencarut'
sorry, unconciousness..
i shout back.. ahaa..
aku x sengaja k, dah ko mula dulu,, tindakan spontan n it be d 1st time i shout people at workplace... tahniah !

hari2 yang lain, ok.
banyak kerja n aku x sempat nak melayan karenah orang.


thnks Ramadhan.

Sunday, August 1, 2010

kisaH siaPa ???

aku masih ada.

tapi

jiwa ku hilang, entah kemana
jasad masih disitu
bersama hati yang gundah, yang merintih, yang menangis, yang disiat2
tapi kenapa?
hurm.. sukarnya berbicara dengan hati yang kehilangan jiwa.
jadi salah siapa?
pada siapa patut di tudingkan jari untuk memujuk rasa.

hilang arah.

hanya kerana aku tidak boleh menerima perkataan PENINDASAN
aku terdampar disini.
ya, dunia globalisasi ini tidak harus ada kejadian yang ku benci itu.

heyy !!! manusia !!! camon! kamu ketinggalan zaman. tiada lagi keperluan untuk menindas manusia lain di alam ini. kita bukan di zaman hang tuah, atau zaman mesolitik yang terpaksa berebut untuk hidup.

arghhh.... pada tahap ini, aku tercabar. aku panas. tapi aku hanya diam.
jadi aku pengecut ???
dan akhirnya
aku wujud dalam medium ku sendiri, tanpa jiwa.

jadi, salah siapa? kisah ini siapa punya? aku? si penindas? atau jiwa yang telah hilang?

dan akhirnya aku kekal disini.